Saturday, 14 January 2017

Apa Itu PVMA

PVMA memberi tafsiran Program Vokasional Menengah Atas iaitu penjenamaan kepada MPV. Pelaksanaan PVMA dapat mengekalkan matlamat asal MPV dengan penambahbaikan program tersebut, iaitu memberi peluang kepada murid yang tidak cenderung dalam bidang akademik untuk  mengembangkan potensi dalam bidang vokasional di samping dapat menyediakan kemahiran vokasional bagi murid yang tidak berpeluang memasuki kolej vokasional. Oleh yang demikian, matlamat tersebut selari dengan hasrat PPPM bagi menyediakan akses yang lebih baik dalam pendidikan vokasional.

PVMA mempunyai nilai tambah yang lebih baik untuk murid berbanding dengan MPV sedia ada dan murid masih mempunyai laluan untuk meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran ke tahap yang lebih tinggi di Institut  Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS). Pelaksanaan PVMA ini membolehkan murid kekal di sekolah yang sama sehingga ke Tingkatan 5. Pelaksanaan PVMA dijalankan secara berperingkat mengikut ketetapan yang diputuskan oleh KPM.

Visi Dan Misi PVMA


Visi PVMA ialah menyediakan sumber manusia yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri bagi pembangunan ekonomi, sosial dan teknologi.

Misi PVMA ialah:
  • Menyediakan tenaga manusia bersahsiah dan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pasaran;
  • Membangunkan sistem pendidikan vokasional secara berkesan;
  • Mengintegrasi teknologi dalam pendidikan vokasional;
  • Menggalakkan hubungan antara industri dan masyarakat; dan
  • Memperkembang kemahiran vokasional secara kreatif dan inovatif.
MATLAMAT
Matlamat PVMA ialah untuk membentuk lepasan Pendidikan Vokasional yang;
  • Bersedia menyertai pasaran kerja
  • Menjadi usahawan yang berdaya saing
  • Mampu melanjutkan pelajaran dan tahap kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.
HALA TUJU PVMA
Murid yang menduduki program PVMA akan memperoleh :
a) SPM serta Pernyataan Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) bagi mata pelajaran akademik yang tertentu; dan
b) Sijil Kemahiran daripada badan pentauliahan kemahiran seperti SKM.

:Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Vokasional Menengah Atas"

tanamansmksr.blogpost

->Bagi murid tingkatan 3 tahun 2015 yang mengikuti Aliran Perdana.
  • Calon adalah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon bebas daripada penagihan dadah serta sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan penyakit-penyakit lain) atau kecacatan yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
  • Calon bebas daripada masalah mental
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Calon tidak rabun warna
  • Calon berminat dengan kursus dipohon